Permohonan Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan 2020



Permohonan Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan 2020|ADAKAH anda ingin melanjutkan pengajian ke IPT di seluruh Malaysia? Perhatian buat anda yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ PHD. Untuk makluman anda, permohonan Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan 2020 kini dibuka secara online melalui Laman Web Rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Permohonan Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan 2019

Sedia maklum, Bantuan Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan ini untuk anda bagi yang baru memasuki pengajian awal di dalam negara.

Permohonan Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan 2020

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan termasuk syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan 2020

1. Isikan setiap butiran dengan LENGKAP DAN JELAS. Anda boleh muat turun borang permohonan melalui pautan dibawah:
KLIK 👉 Borang Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan

2. Borang yang telah lengkap diisi perlulah dikepilkan bersama dokumen-dokumen berikut (WAJIB DISERTAKAN) :
a) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
b) Salinan Kad Pengenalan Waris / Penjaga
c) Salinan Surat Tawaran Melanjutkan Pelajaran
d) Salinan Slip Bank / Resit Pembayaran Pendafaran Awal Pengajian (yang telah dijelaskan), atau apa-apa dokumen bukti pembayaran masuk atau surat akuan masuk belajar daripada IPT.
e) Salinan akaun bank pelajar.

3. Semua salinan dokumen tersebut perlulah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua, Guru Besar, dan Penghulu).

4. Permohonan hendaklah dibuat melalui Pejabat Zakat Daerah dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah juga dihantar ke Pejabat Zakat Daerah.

5. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Zakat Daerah dua (2) minggu dari tarikh borang dikeluarkan.

6. Setiap maklumat diri akan direkod di dalam Sistem Agihan Zakat Berkomputer.

Syarat Kelayakan Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan 2020

1. Islam
2. Bermastautin / tinggal tetap di Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
3. Menerima tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil / Diploma / Matrikulasi / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / PhD bermula tahun 2019 sahaja.
4. Tempoh minimum pengajian adalah setahun.
5. Bantuan diberikan sekaligus
6. Berumur 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan

Dasar Agihan Zakat 

1. Bantuan ini adalah dibawah ASNAF FISABILILLAH.

2. Sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Cawangan Lembaga Zakat Negeri Kedah yang berdekatan:

LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH
Aras 3, Menara Zakat,
Jalan Telok Wan Jah,
05200 Alor Setar, Kedah.
Tel : 04-7331740
Faks : 04-7316280
Aduan/Cadangan : aduan@zakatkedah.com

Selamat membuat Permohonan Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan tahun 2020!

No comments

Powered by Blogger.