Permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor 2020 Online



Permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor 2020 Online|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor bagi tahun 2020 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar yang menetap di negeri Johor yang ingin membuat permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor (BSAJ) ambilan 2020. Menerusi Portal Rasmi Yayasan Pelajaran Johor, permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor 2019 boleh dibuat secara online mulai 7 Julai 2019 hingga tarikh tutup 20 Julai 2019.

Permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor 2019 Online

Sedia maklum, Biasiswa Sukan Atlet Johor (BSAJ) adalah terbuka buat anak Johor yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma sepenuh masa.

Permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor beserta syarat kelayakan permohonan dan dokumen penting:

Cara Permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor 2020 Online

1. Anda perlu layari Portal Rasmi YPJ secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://portal.ypj.gov.my

2. Permohonan perlu diisi secara atas talian (online) dan hantar slip permohonan beserta dokumen sokongan ke pejabat YPJ Larkin (rujuk di laman web YPJ).

Syarat Kelayakan Biasiswa Sukan Atlet Johor

Antara syarat kelayakan Biasiswa Sukan Atlet Johor adalah seperti berikut:

1. Lahir DAN menetap di Negeri Johor ;

2. Terbuka kepada pemohon yang mengikuti pengajian Diploma & Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja;

3. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh memohon;

4. Telah mendapat surat tawaran kemasukan / sedang mengikuti pengajian
Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Malaysian Qualification Agency (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.

5. Keutamaan adalah kepada pelajar yang masih belum mempunyai tajaan (sekiranya pelajar telah mempunyai tajaan maka, pelajar hanya boleh menerima satu tajaan dalam satu masa yang sama)

6. Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’

7. Bagi pelajar yang baru mendaftar di tahun pertama, perlu Pernah menyertai kejohanan/sukan sekurang-kurangnya di peringkat negeri (tempoh penyertaan tidak kurang dari tempoh 5 tahun semasa permohonan dibuat)

8. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu :
- Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada semester terkini ;
- Masih bergiat aktif sebagai atlet di dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;

Dokumen Penting Yang Diperlukan

1. Salinan Slip permohonan
2. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu DAN bapa /penjaga
3. Salinan surat tawaran pengajian
4. Salinn pengesahan oleh Pegawai Sukan dari pusat sukan IPT
5. Salinan keputusan peperiksaan terkini (jika berkaitan)
6. Salinan Struktur yuran sepanjang pengajian

Tempoh Tajaan Biasiswa Sultan Sukan Atlet Johor

◾ Ijazah Sarjana Muda: Maksimum 5 tahun
◾ Diploma: Maksimum 4 tahun

Permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor 2019 Online

Maklumat Lanjut

Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi di talian:

No. 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Larkin Jaya
Kg Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-2344355
Fak: 07-2344434
Email: info@ypj.gov.my

Selamat membuat permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.