Daftar e-Tunai Rakyat 2020 (Cara Tebus)



Daftar e-Tunai Rakyat 2020 (Cara Tebus)|PERHATIAN buat anda warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan yang berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 bakal layak menerima inisiatif Program e-Tunai Rakyat berjumlah RM30 setiap seorang. Untuk makluman anda, tarikh Pendaftaran dan penebusan e-Tunai Rakyat 2020 boleh dibuat mulai 15 Januari 2020 hingga tarikh tamat 14 Mac 2020. Berikut dikongsikan Cara Daftar e-Tunai Rakyat 2020 buat rujukan anda.

Daftar e-Tunai Rakyat 2020 (Cara Tebus)

Pelaksanaan inisiatif e-Tunai Rakyat yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia bakal dilancarkan pada 15 Januari 2020. Program rangsangan digital berjumlah RM450 juta ini di bawah Belanjawan 2020 dan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan e-dompet dan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan pedagang tempatan, terutamanya perusahaan kecil dan perniagaan runcit. Program e-Tunai Rakyat adalah bertujuan untuk mengurangkan halangan untuk akses kepada teknologi digital dan untuk menjadikan proses digitalisasi untuk semua.

Daftar e-Tunai Rakyat 2020 (Cara Tebus)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Daftar e-Tunai Rakyat 2020 beserta syarat kelayakan dan cara tebus RM30:


Cara Pendaftaran e-Tunai Rakyat RM 30 2020

Langkah 1:
Klik “Buka Akaun” di laman log masuk

Langkah 2:
Masukkan nombor telefon dan juga OTP yang dihantar kepada anda

Langkah 3:
Tetapkan PIN 6-digit dan soalan keselamatan anda

Langkah 4:
Masukkan maklumat peribadi anda dan anda sudah sedia untuk gunakan!

Syarat Kelayakan Permohonan e-Tunai Rakyat 2020

Antara Syarat Kelayakan Permohonan e-Tunai Rakyat 2020 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad
2. Berumur 18 tahun dan ke atas dalam tahun 2020.
3. Pendapatan tahunan kurang dari RM100,000

Cara Tebus eTunai Rakyat Guna Touch'n Go eWallet

1. Download aplikasi Touch 'N Go eWallet
2. Daftar dan masukkan butiran yang diperlukan
3. Verify akaun anda dengan masukkan MyKad
4. Klik butang eTunai Rakyat pada 15 Januari 2020 ini

Cara Tebus eTunai Rakyat Guna Boost

1. Download aplikasi Boost
2. Daftar dan masukkan butiran yang diperlukan.
3. Verify dan upgrade ke akaun premium anda dengan masukkan MyKad
4. Klik butang eTunai Rakyat pada 15 Januari 2020 ini

Cara Tebus eTunai Rakyat Guna GrabPay

1. Download aplikasi Grab
2. Daftar dan masukkan butiran yang diperlukan
3. Verify akaun anda dengan masukkan MyKad
4. Klik butang eTunai Rakyat pada 15 Januari 2020 ini

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Touch 'n Go e-Wallet (www.tngdigital.com.my), Boost (www.myboost.com.my), dan GrabPay (www.grab.com/my/pay/)

Semoga perkongsian Daftar e-Tunai Rakyat 2020 (Cara Tebus) ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.