Permohonan Residensi Wilayah 2023 Online (Rumah Mampu Milik WP)



Permohonan Residensi Wilayah 2023 Online (Rumah Mampu Milik WP)|ANDA ingin memiliki rumah pertama sendiri? Berita baik buat golongan yang bermastautin dan bekerja di Wilayah Persekutuan dan berpendapatan sederhana. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur (Residensi Wilayah) 2023 boleh dibuat secara online melalui laman sesawang https://residensiwilayah.kwp.gov.my. Berikut dikongsikan Permohonan Residensi Wilayah 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Residensi Wilayah 2020 Online (Rumah Mampu Milik WP)

Sedia maklum, kerajaan Wilayah Persekutuan ada menyediakan satu skim perumahan iaitu RUMAWIP atau dikenali sebagai Residensi Wilayah bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Residensi Wilayah merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah
Kementerian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan atas talian bagi permohonan rumah di sekitar Wilayah Persekutuan.

Permohonan Residensi Wilayah 2023 Online (Rumah Mampu Milik WP)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Residensi Wilayah beserta syarat kelayakan permohonan dan cara hubungi:

Cara Permohonan Residensi Wilayah 2023 Online

1. Layari Portal Residensi Wilayah secara online dengan memasukkan alamat URL berikut di pelayar web:
KLIK 👉 https://residensiwilayah.kwp.gov.my

2. Di bahagian atas kanan halaman portal, klik butang ‘Daftar’ atau klik butang
‘Daftar Akaun’ di bahagian kanan tengah halaman portal.

3. Bagi permohonan yang telah berdaftar sebelum 28 Jun 2019, pemohon diminta untuk mengemukakan dokumen sokongan kepada pihak pemaju yang berkaitan. Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

Permohonan Residensi Wilayah 2020 Online (Rumah Mampu Milik WP)

4. Pemohon juga boleh log masuk ke Portal RESIDENSI WILAYAH untuk menyemak status permohonan semasa.

Manual Pengguna Permohonan Residensi Wilayah

KLIK 👉 Manual Pengguna Residensi Wilayah

Syarat Kelayakan Permohonan Residensi Wilayah 2023

Antara syarat kelayakan permohonan Residensi Wilayah adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 tahun ke atas
3. Lahir menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
4. Pendapatan kasar bulanan dibawah RM10,000 (Bujang) dan RM15,000 (Berkahwin)
5. Permohonan mestilah berdaftar di Portal Residensi Wilayah

Jenis Rumah Yang Ditawarkan

Residensi Wilayah menawarkan rumah yang mempunyai tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.

Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Residensi Wilayah, boleh hubungi melalui:

Kementerian Wilayah Persekutuan, Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62100 Putrajaya

Urus Setia RESIDENSI WILAYAH DBKL
Aras 25, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Tel : 03-26179154

Selamat membuat Permohonan Residensi Wilayah Rumah Mampu Milik WP tahun 2023 secara online!

No comments

Powered by Blogger.