Rumah Selangorku 2023: Permohonan dan Semakan Status



Rumah Selangorku 2023: Permohonan dan Semakan Status|ADAKAH anda ingin memiliki rumah idaman sendiri? Perhatian buat anda pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor yang berminat membuat permohonan Rumah Selangorku tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Selangorku 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Berikut dikongsikan Permohonan Rumah Selangorku 2023 Online buat rujukan anda.

Rumah Selangorku 2020: Permohonan dan Semakan Status

Sedia maklum, kategori Rumah Selangorku meliputi Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah dan Rumah Mampu Milik. Sebanyak 6,379 unit Rumah Selangorku akan dibina melalui 19 projek perumahan khusus buat rakyat di negeri ini pada 2020.

Rumah Selangorku 2023: Permohonan dan Semakan Status

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Rumah Selangorku beserta syarat kelayakan permohonan dan dokumen penting:

Cara Permohonan Rumah Selangorku 2023 Online

1. Pemohon boleh mendaftar secara online menerusi Portal Rasmi LPHS seperti berikut:
KLIK 👉 LPHS SELANGOR

2. Bagi pemohon baru boleh membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu sebelum buat pendaftaran secara online.
KLIK 👉 DAFTAR NEW USER

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Selangorku 2023

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Selangorku LPHS adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas;
◾Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
◾Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
◾Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
◾Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
◾Pemohon atau pasangan belum memiliki  rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
◾Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ;
◾Pembelian rumah untuk didiami dan  bukan untuk disewa.
◾Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

◾Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
◾Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
◾Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
◾Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
◾Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja; Penyata KWSP (jika ada);  dan
◾Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Rumah Selangorku, sila hubungi LPHS di talian seperti berikut:

No. Tel: 03-5510 2177
Emel: Unit Korporat & Aduan LPHS

Semoga membuat Permohonan Rumah Selangorku LPHS tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Rumah Selangorku!

No comments

Powered by Blogger.