Semakan Status i-Suri KWSP 2023 Online



Semakan Status i-Suri KWSP 2023 Online|ADAKAH anda telah membuat bantuan i-Suri KWSP bagi tahun 2023? Perhatian buat pemohon i-Suri KWSP yang ingin membuat semakan status i-Suri KWSP secara online. Untuk makluman anda, semakan status i-Suri KWSP 2023 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi i-Suri KWSP. Berikut dikongsikan Semakan Status i-Suri KWSP 2023 Online buat rujukan anda.

Semakan Status i-Suri KWSP 2020 Online

Sedia maklum, kerajaan memperuntukkan RM 20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim yang dikenali Program Sukarela Insentif Suri (SURI). Antara faedah insentif i-Suri KWSP ini ialah suri rumah akan menerima sumbangan sebanyak RM 480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya.

Semakan Status i-Suri KWSP 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan status i-Suri KWSP secara online:

Cara Semakan Status i-Suri KWSP 2023 Online

1. Bagi golongan suri rumah yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa Mykad serta dua borang berikut:

Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Syarat Kelayakan i-Suri KWSP 2023

Antara Syarat Kelayakan i-Suri KWSP adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2.  Golongansuri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 Nov 2018
3. Belum mencapai umur 60 tahun
4. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
5. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)


Faedah i-Suri KWSP

1. Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya

2. Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

3. Menerima dividen tahunan KWSP

4. Bantuan Kematian: RM2,500

Info Penting:
** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
*Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Cara Dan Saluran Bayaran

A. Perbankan Internet

- Pemindahan wang secara elektronik:
Maybank
Public Bank
RHB Bank

B. Kaunter Ejen Bank

- Tunai/cek
BSN
Maybank
Public Bank
RHB Bank

C. Kaunter KWSP
Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan i-Suri KWSP, sila hubungi di Pusat Pengurusan Perhubungan 03 - 8922 6000 atau sila layari di www.kwsp.gov.my

Selamat membuat Semakan Status i-Suri KWSP tahun 2023 secara online!

No comments

Powered by Blogger.