Permohonan Dermasiswa Harapan Perak 2021 Online (Semakan Status)
Permohonan Dermasiswa Harapan Perak 2021 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Dermasiswa Harapan bagi tahun 2021? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Dermasiswa Harapan Yayasan Perak tahun 2021. Untuk makluman anda, permohonan Dermasiswa Harapan Yayasan Perak 2021 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Yayasan Perak dan juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.
Sedia maklum, Bantuan Dermasiswa Harapan bertujuan meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan. Selain itu, mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
2. Borang Permohonan Dermasiswa Harapan Dalam dan Luar Negara juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.
3. Senarai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Terpilih boleh disemak seperti senarai di bawah:-
MUAT TURUN SENARAI IPT TERPILIH (DALAM NEGARA)
4. Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan ditolak.
1. Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.
2. Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.
3. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
4. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
2. Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan).
3. Salinan penyata akaun bank pelajar.
4. Salinan pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.
5. Salinan surat kematian atau surat bercerai (Jika Berkaitan).
6. Borang Permohonan:
a) Sokongan – Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
b) Perakuan – ADUN / Penyelaras DUN (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
7. Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat / Penyelaras DUN
Selamat membuat Permohonan Dermasiswa Harapan Perak tahun 2021 secara online!
Sedia maklum, Bantuan Dermasiswa Harapan bertujuan meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan. Selain itu, mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
Permohonan Dermasiswa Harapan Perak 2021 Online (Semakan Status)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Permohonan Dermasiswa Harapan Perak beserta syarat kelayakan permohonan, dokumen penting dan semakan keputusan:Cara Permohonan Dermasiswa Harapan Perak 2021 Online
1. Memohon Dermasiswa Harapan Dalam dan Luar Negara secara ONLINE.2. Borang Permohonan Dermasiswa Harapan Dalam dan Luar Negara juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.
3. Senarai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Terpilih boleh disemak seperti senarai di bawah:-
MUAT TURUN SENARAI IPT TERPILIH (DALAM NEGARA)
4. Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan ditolak.
Syarat Kelayakan Permohonan Dermasiswa Harapan Perak 2021
Antara Syarat Kelayakan Dermasiswa Harapan Yayasan Perak adalah seperti berikut:1. Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.
2. Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.
3. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
4. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
Senarai Dokumen Yang Diperlukan Dermasiswa Harapan 2021
1. Salinan surat tawaran terkini.2. Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan).

Post a Comment