Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari (Borang)



Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari (Borang)|ANDA ingin membuat permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 sehari? Perhatian buat anda pekerja yang kehilangan sumber pendapatan dan tiada gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan jangkitan Covid-19. Untuk makluman anda, selain Bantuan RM600 PERKESO kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut menyediakan Bantuan Khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari (Borang)

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari beserta syarat kelayakan permohonan dan dokumen penting:

Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari (NADMA)

1. Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen secara online di laman web http://www.nadma.gov.my/info-my/bantuankhas-covid-19

◼️ Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
◼️ Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
◼️ Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C)

2. Permohonan yang lengkap perlu dihantar melalui pos ke NADMA di alamat seperti dibawah:-

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Syarat Kelayakan Bantuan Khas COVID-19

Antara syarat kelayakan bagi individu yang layak untuk memohon bantuan bencana RM100 adalah seperti dibawah;

1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 DiBawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19.

Jumlah Bantuan Yang Diterima

RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

1. Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
2. Salinan Kad Pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):

i. Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian

a. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);

ii. Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari ini dijadikan rujukan buat anda semua!

1 comment:

  1. Enter your comment...yg ni untuk orang yg kena kurantin tu ke

    ReplyDelete

Powered by Blogger.