Permohonan Bantuan Darurat TBS 2020 Online (Semakan Status)



Permohonan Bantuan Darurat TBS 2020 Online (Semakan Status)|APA itu Bantuan Darurat TBS? Perhatian buat anda rakyat Sarawak khusus berumur 18 tahun ke atas yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Darurat TBS 2020 boleh dibuat secara online menerusi Aplikasi Darurat TBS. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Bantuan Darurat TBS 2020 Online buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Darurat TBS 2020 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Bantuan Darurat TBS merupakan Tabung Baitulmal Sarawak bagi menyantuni permohonan bantuan khas COVID-19 dengan pantas. Tabung Baitulmal Sarawak telah memperuntukkan dengan jumlah RM3.5 juta dengan memberi pelbagai bantuan kepada lebih 20,733 individu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Permohonan Bantuan Darurat TBS 2020 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Permohonan Bantuan Darurat TBS beserta syarat kelayakan permohonan dan kadar bantuan:

Cara Permohonan Bantuan Darurat TBS Online

1. Pertama kali, muat turun Aplikasi Bantuan Darurat TBS menerusi pautan http://daruratapp.tbs.org.my/.

2. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan.

3. Jawab beberapa siri soalan yang diberikan bagi semakan kelayakan permohonan anda.

Semakan Kelayakan Permohonan Bantuan Darurat TBS

Antara Semakan Kelayakan Permohonan Bantuan Darurat TBS adalah seperti berikut:

1. Beragama Islam
2. Berasal dari Negeri Sarawak
3. Berumur 18 tahun ke atas

Kadar Bantuan Darurat TBS

◼️Bagi isi keluarga yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM250.

◼️Bagi individu perseorangan pula akan menerima bantuan berjumlah RM100.

Tempoh Proses Pembayaran Bantuan Darurat TBS

Proses pembayaran akan dibuat dalam tempoh maksimum 7 hari.

Apa Itu Aplikasi Bantuan Darurat TBS?

Aplikasi Darurat TBS merupakan aplikasi mudah alih terkini dari Tabung Baitulmal Sarawak bagi menyantuni permohonan bantuan khas COVID-19 dengan pantas. Ia juga dikenali sebagai APLIKASI JEJAK ASNAF 2.0

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Tabung Baitulmal Sarawak Blok A,Lot 3655 Kuching North Land District, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching

Phone No. : 082-682861 (Talian Am)
082-683270 (Hotline Kutipan)
082-683541 (Hotline Dakwah)
082-683709 (Hotline Agihan)
Fax No. : 082-684820

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Darurat TBS 2020 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

6 comments:

Powered by Blogger.