Permohonan Bantuan iTEKAD Bank Islam 2021 (Semakan Status)



Permohonan Bantuan iTEKAD Bank Islam 2021 (Semakan Status)|APA itu Program iTEKAD Bank Islam? Bilakah tarikh permohonan Program iTEKAD Bank Islam bakal dibuka? Berita baik buat golongan B40 dan Asnaf yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Bantuan iTEKAD Bank Islam tahun 2021. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Bantuan iTEKAD Bank Islam 2021 buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan iTEKAD Bank Islam 2020 (Semakan Status)

Sedia maklum, iTEKAD merupakan program kewangan sosial yang bertujuan khusus memudahkan pembiayaan bagi usahawan mikro asnaf dan B40 yang kehilangan pendapatan akibat wabak COVID-19. Program ini direka untuk menggunakan sumbangan kewangan sosial (seperti zakat, wakaf dan sedekah) bagi penyediaan modal permulaan yang digabungkan dengan pembiayaan mikro berpatutan untuk pemohon yang layak.

Permohonan Bantuan iTEKAD Bank Islam 2021 (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Permohonan Bantuan iTEKAD Bank Islam beserta syarat kelayakan permohonan, dokumen penting dan semakan status:

Borang Permohonan Bantuan iTEKAD Bank Islam Online

1. Pemohon boleh mengisi borang permohonan bermula 1 Mei 2020. (*Akan dikemaskini)

2. Permohonan beserta dokumen yang lengkap perlu dihantar melalui emel ke sadaqahouse@bankislam.com.my

Syarat Kelayakan Program iTEKAD Bank Islam

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan iTEKAD Bank Islam adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah usahawan mikro sekitar Wilayah Persekutuan di kalangan asnaf dan B40

2. Pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”).

Dokumen Penting Yang Diperlukan

i) Kad pengenalan
ii) Maklumat perniagaan seperti jenis perniagaan, alamat perniagaan, pendapatan setahun, maklumat pemilik perniagaan, bilangan pekerja, dll.
iii) Bukti pendapatan perniagaan (contoh: Borang B Cukai Pendapatan, penyata bank 6 bulan terkini)
iv) Bukti operasi perniagaan (contoh: pendaftaran perniagaan, permit berniaga);
v) Bil utiliti; dan
vi) Lain-lain dokumen yang relevan.

Cara Hubungi

Sila e-melkan sebarang pertanyaan anda kepada: sadaqahouse@bankislam.com.my.

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan iTEKAD Bank Islam 2021 ini dijadikan rujukan buat golongan B40 dan Asnaf!

No comments

Powered by Blogger.