Cara Daftar SSM 2023 Online (Login EzBiz)
Cara Daftar SSM 2023 Online (Login EzBiz)|ANDA ingin daftar SSM secara online? Perhatian buat anda yang ingin membuat pendaftaran lesen perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tahun 2023. Untuk makluman anda, pendaftaran SSM 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Laman Web EzBiz SSM selain juga kunjungi ke kaunter Pejabat SSM. Berikut dikongsikan Cara Daftar SSM 2023 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, untuk memulakan sesuatu perniagaan secara sah anda perlu membuat pendaftaran perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). SSM merupakan badan berkanun yang diasaskan melalui hasil gabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB). Ia bertanggungjawab sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.
Cara Daftar SSM 2023 Online (Login EzBiz)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar SSM Melalui EzBiz Online beserta syarat kelayakan pendaftaran, cara login dan semakan status:Pendaftaran SSM Melalui EzBiz Online
1. Layari laman web EzBiz SSM secara online menerusi pautan di https://ezbiz.ssm.com.my/.2. Klik pada butang Sign Up untuk membuat pendaftaran baru.
3. Kemudian, isikan maklumat seperti Id Type, Id No dan Name as per IC.
4. Tekan butang Register untuk meneruskan proses dan cara daftar SSM online.
5. Setelah melakukan pendaftaran secara online, buat pengesahan akaun di mana-mana cawangan SSM yang berdekatan.
6. Setelah selesai proses pengesahan dilakukan, login semula ke akaun anda.
7. Kemudian pada menu, tekan My Business Services dan klik New Business dibawah bahagian "New Business Registration'.
8. Isi dan lengkapkan Borang A/ Form A (Registration of New Business) dengan maklumat seperti nama perniagaan, tarikh mula perniagaan, alamat utama perniagaan, alamat cawangan perniagaan, maklumat pemilik serta rakan kongsi, salinan perjanjian perkongsian, jenis perniagaan yang akan dijalankan dan contoh Borang A (hardcopy).
9. Setelah selesai mengisi borang permohonan, lakukan bayaran di bahagian "Fees & Declaration"
10. Tick pada pernyataan di bawah, tanda anda bersetuju dengan terma & syarat. Tekan butang "Submit Payment".
11. Pendaftaran perniagaan anda selesai!
Syarat Kelayakan Pendaftaran Perniagaan SSM
Antara Syarat Kelayakan Pendaftaran Perniagaan SSM adalah seperti berikut:1. Pemilik mestilah mempunyai kewarganegaraan Malaysia atau penduduk tetap.
2. Pemilik perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
3. Hanya pemilik atau rakan kongsi yang dibenarkan membuat permohonan.
Cara Login SSM 2023 Online
1. Layari laman web rasmi EzBiz SSM secara online di https://ezbiz.ssm.com.my2. Di bahagian Sign In, masukkan USERNAME dan PASSWORD yang disahkan.
3. Kemudian, masukkan VERIFICATION CODE seperti yang terpapar di screen anda.
4. Tekan pada butang Sign In.
Semakan Status Pendaftaran SSM 2023
*Akan dikemaskiniMaklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan EzBiz SSM, sila hubungi di:Menara SSM @ SENTRAL
No. 7, Jalan Stesen SENTRAL 5,
Kuala Lumpur Sentral,
50623 Kuala Lumpur
Hotline SSM: 03 - 22994400
Emel: enquiry@ssm.com.my
Semoga perkongsian Cara Daftar SSM 2023 Online (Login EzBiz) ini dijadikan panduan buat anda semua!
Post a Comment