Permohonan PSP PERKESO 2020 Online (Program Saringan Prihatin)



Permohonan PSP PERKESO 2020 Online (Program Saringan Prihatin)|BILAKAH tarikh permohonan Program Saringan Prihatin PERKESO bakal dibuka? Berita baik buat para pekerja dan majikan yang ingin membuat permohonan Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO. Untuk makluman anda, permohonan Program Saringan Prihatin PERKESO 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 27 April 2020 melalui Laman Web PSP PERKESO. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Program Saringan Prihatin PERKESO 2020 buat panduan anda.

Permohonan PSP PERKESO 2020 Online (Program Saringan Prihatin)

PSP PERKESO merupakan program ujian saringan COVID-19 secara percuma kepada pekerja termasuk pekerja asing yang berdaftar dengan Perkeso di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) bagi syarikat yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sedia maklum, ujian saringan ini adalah percuma yang melibatkan ujian saringan sahaja kepada semua pencarum PERKESO dan dibiayai oleh PERKESO.

Permohonan PSP PERKESO 2020 Online (Program Saringan Prihatin)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO termasuk syarat kelayakan permohonan:

Cara Pendaftaran Program Saringan Prihatin PERKESO Online

1. Para pekerja dan majikan boleh layari Portal PSP PERKESO https://psp.perkeso.gov.my untuk mendapatkan maklumat berhubung penyedia perkhidmatan serta janji temu bagi ujian saringan.

2. Sekiranya pendaftaran tidak berjaya dilakukan, pekerja perlu menyemak semula maklumat yang dimasukkan. Sekiranya masih tidak berjaya, pekerja perlu berurusan dengan majikan masing-masing bagi memastikan nama pekerja telah didaftarkan sebagai pencarum PERKESO dan telah dimasukkan ke dalam Portal ASSIST PERKESO.

3. Temujanji Saringan juga boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan ini:
KLIK 👉 https://shop.doctor2u.my/perkeso/appointment

Syarat Kelayakan Program Saringan Prihatin PERKESO 2020

Antara Syarat Kelayakan Program Saringan Prihatin PERKESO adalah seperti berikut:

1. Pekerja dan pekerja asing yang berdaftar dengan Perkeso di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) bagi syarikat yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian 1-300-22-8000 / 03-4264 5555 / 03-8091 5100 atau e-mel ke perkeso@perkeso.gov.my.

Semenanjung Malaysia : Setiap hari termasuk cuti umum (8.00pagi - 5.00petang)
Sabah dan Sarawak : Isnin hingga Jumaat (8.00pagi - 5.00petang)

Semoga perkongsian Permohonan Program Saringan Prihatin PERKESO 2020 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan PSP PERKESO!

No comments

Powered by Blogger.