Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Online (Semakan Status)



Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal bakal dibuka? Perhatian buat ibu tunggal yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal boleh dibuat secara online sehingga 31 Oktober 2020 menerusi Portal Rasmi JPW. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan Malaysia mengumumkan seramai 300,000 OKU (Orang Kurang Upaya) termasuk ibu tunggal tersenarai dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha tahun 2020.

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 termasuk syarat kelayakan permohonan, dokumen penting dan semakan status:

Cara Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online

1. Menerusi Portal Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), pendaftaran Bantuan Khas Ibu Tunggal mengikut negeri boleh dibuat secara online menerusi Portal JPW di https://www.jpw.gov.my/ibu-tunggal-penjana/.

2. Isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul mengikut negeri pemohon.

3. Pemohon perlu log masuk ke akaun google untuk mengisi borang permohonan.

Info Penting:
*Sebarang makluman berkaitan Bantuan Khas Ibu Tunggal akan dikemaskini di Laman Web dan Facebook JPW.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300

Kategori yang layak menerima BKIT adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah.

3. Pendapatan isi Rumah adalah dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK Semasa) RM960 atau perkapita RM244.

Semakan Status Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online

1. Status kelulusan Bantuan Khas Ibu Tunggal BKIT akan dimaklumkan melalui SMS.

Bantuan JKM RM300 One-off Bagi Ibu Tunggal Dan OKU

Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan Malaysia mengumumkan seramai 300,000 OKU termasuk ibu tunggal tersenarai dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha tahun 2020.

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Online (Semakan Status)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan Khas Ibu Tunggal, sila layari laman web Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/ atau boleh terus menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita di talian 03-8323 1000 atau terus ke alamat:

Jabatan Pembangunan Wanita,
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat,
Aras 23-25, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.