Permohonan Program Virtual Mini Job Hunt Online (Semakan Status)



Permohonan Program Virtual Mini Job Hunt Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Program Virtual Mini Job Hunt bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Program Virtual Mini Job Hunt. Untuk makluman anda, permohonan Program Virtual Mini Job Hunt boleh dibuat secara online mulai 30 Jun 2020 hingga 3 Julai 2020 menerusi laman sesawang https://careerfair.perkeso.gov.my. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Program Virtual Mini Job Hunt Online buat rujukan anda.

Permohonan Program Virtual Mini Job Hunt Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) termasuk yang disenarai hitam kini berpeluang mencari pekerjaan di platform disediakan institusi pengurusan dana dan tabung pendidikan tinggi itu dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Program ‘Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers’ secara atas talian menyediakan sebanyak 4,609 jawatan kosong yang membabitkan 20 majikan.

Permohonan Program Virtual Mini Job Hunt Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Program Virtual Mini Job Hunt termasuk tarikh pelaksanaan, syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Tarikh Pelaksanaan Program Virtual Mini Job Hunt

Program ‘Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers’ bakal berlangsung selama empat hari bermula 30 Jun 2020 hingga 3 Julai 2020.

Cara Daftar Program Virtual Mini Job Hunt Online

1. Layari laman sesawang https://careerfair.perkeso.gov.my secara atas talian (online) untuk pendaftaran Program Virtual Mini Job Hunt.

2. Klik pada butang "REGISTER" di sebelah atas laman.

3. Pilih PTPTN (30 Jun - 3 Julai 2020) dan masukkan No. Kad Pengenalan anda. Klik pada butang "SEARCH".

4. Kemudian, anda diminta masukkan maklumat diri anda dan klik pada butang "SIGN UP".

5. Setelah selesai pendaftaran secara online, anda akan menerima satu emel pengesahan.

Senarai Jenis Pekerjaan Yang Ditawarkan

Terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang ditawarkan termasuklah dalam sektor pembuatan, servis, runcit, perbankan dan pendidikan dengan tawaran gaji maksimum RM5,000.

Semakan Status Program Virtual Mini Job Hunt Online

*Akan dikemaskini

Permohonan Program Virtual Mini Job Hunt Online (Semakan Status)

Semoga perkongsian Permohonan Program Virtual Mini Job Hunt Online ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya membuat pendaftaran Program Virtual Mini Job Hunt!

No comments

Powered by Blogger.