Cara Daftar e-Census/ Banci 2020 Online (Login)



Cara Daftar e-Census/ Banci 2020 Online (Login)|ANDA ingin daftar e-CENSUS atau Banci Malaysia tahun 2020? Perhatian buat anda rakyat Malaysia yang ingin ketahui cara daftar e-CENSUS/ Banci Malaysia 2020 secara online. Berikut dikongsikan Cara Daftar e-Census/ Banci 2020 Online buat rujukan anda.

Cara Daftar e-Census/ Banci 2020 Online (Login)

Sedia maklum, tarikh pelaksanaan Banci 2020 adalah bermula 7 Julai 2020 hingga 30 September 2020 secara dalam talian (e-Census) manakala fasa kedua mulai 7 hingga 24 Oktober 2020 dengan menggunakan kaedah temu ramah bersemuka. Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) merupakan yang keenam dilaksanakan semenjak penubuhan Malaysia dan ia dilaksanakan setiap 10 tahun sekali. Objektif pelaksanaan Banci Malaysia adalah bertujuan untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil.

Cara Daftar e-Census/ Banci 2020 Online (Login)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar Banci 2020/ e-Census termasuk tarikh pelaksanaan, login dan cara mengisi soal selidik:

Tarikh Pelaksanaan e-Census/ Banci 2020

Fasa pertama bermula 7 Julai hingga 30 September 2020 secara dalam talian (e-Census) manakala fasa kedua akan bermula pada 7 hingga 24 Oktober dengan menggunakan kaedah temu ramah bersemuka.

Apa Itu Invitation Code

Poskad banci seperti visual akan mula diedarkan pada 6 Jun 2020 ke rumah anda. Pada poskod itu terdapat "INVITATION CODE".

Contoh Invitation Code Banci 2020

Cara Daftar e-Census/ Banci 2020 Online (Login)

Cara Mengisi Banci 2020/ e-Census dan Soal Selidik

Berikut dikongsikan Cara Mengisi Banci 2020/ e-Census dan Soal Selidik dengan menggunakan mod e-Census:

1. Anda perlu membuat pendaftaran e-Cencus secara atas talian (online) menerusi pautan di https://ecensus.mycencus.gov.my.

2. Klik pada butang "Pendaftaran" untuk mendaftar e-Cencus dan kemaskini maklumat seperti Nama Penuh, Emel dan No. Telefon Bimbit.

3. Masukkan "Invitation Code" (NGDBBPTK) yang diperolehi melalui poskad atau pra-pendaftaran.

4. Daftar menggunakan One Time Password (OTP) yang diterima.

5. Kemudian, masukkan No. Tel yang didaftarkan dan klik "Log Masuk". Masukkan OTP yang diterima.

6. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang "Seterusnya".

7. Jawab soal selidik melalui sistem e-Census. Klik pada butang Seterusnya dan Sahkan.

8. Responden akan menerima satu notifikasi menerusi emel selepas menjawab e-Census.

Cara Daftar e-Census/ Banci 2020 Online (Login)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Banci 2020, sila hubungi di talian 1-800-88-7720 atau emel ke alamat helpdesk.banci@dosm.gov.my

Portal Banci: www.mycensus.gov.my
Media Sosial: @MyCensus2020

Semoga perkongsian Cara Daftar e-Census/ Banci 2020 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

1 comment:

  1. macan mana nak dapatkan code nombor dalam email pun tak terima

    ReplyDelete

Powered by Blogger.