Cara Tempahan Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam (CCMPA) Online (Senarai Pakej)



Cara Tempahan Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam (CCMPA) Online (Senarai Pakej)|ANDA ingin tempah pakej Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam (CCMPA)? Perhatian buat anda penjawat awam yang berkhidmat di seluruh Malaysia. Untuk makluman anda, tempoh tempahan pakej Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam adalah sehingga 30 September 2020 manakala tempoh sah lawatan sehingga 31 Disember 2020.

Cara Tempahan Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam (CCMPA) Online (Senarai Pakej)

Sedia maklum, Tourism Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM) dan kolaborasi bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah melancarkan pakej istimewa sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk penjawat awam. Pelancaran pakej Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam (CCMPA) merupakan inisiatif jangka masa pendek untuk meningkatkan usaha promosi pelancongan domestik ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Cara Tempahan Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam (CCMPA) Online (Senarai Pakej)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Tempahan Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam termasuk tempoh dan senarai pakej:

Cara Tempahan Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam

1. Pemohon boleh mendapatkan pakej ini menggunakan pas pekerja penjawat awam di agensi pelancongan terpilih dan perlu layari Lawan Web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel.

Tempoh Tempahan Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam

Tempoh tempahan pakej hanya sehingga 30 September 2020 manakala tempoh sah lawatan adalah sehingga 31 Disember 2020.

Senarai Pakej Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam

1. Sebanyak 11 agensi pelancongan yang mengambil bahagian mempromosikan pakej percutian 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam yang melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Hinglands dengan harga pakej serendah RM120 seorang.

2. Penjawat awam juga dapat menikmati pakej yang menampilkan produk-produk pelancongan yang menarik untuk pengunjung harian (walk in tourist) dengan tawaran diskaun harga tiket sehingga 30%.

3. Antara produk pelancongan yang tersenarai adalah seperti Putrajaya tour, Genting Highland, Bangi Wonderland, I-City Shah Alam, Farm In The City, Sunway Lagoon, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Farm Tour UPM Serdang, Wet World Shah Alam, MAEPS, Aquaria KLCC, Muzium Kesenian Islam dan banyak lagi.

4. Pembeli turut ditawarkan nilai tambahan termasuk 5,000 tiket lawatan bandaraya KL dengan menaiki bas Hop On Hop Off secara percuma, penginapan di hotel serta bayaran masuk produk pelancongan yang ditawarkan pada harga diskaun antara 20 sehingga 60%.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Tourism Malaysia, sila hubungi di:

MALAYSIA TOURISM PROMOTION BOARD (MTPB) HEAD OFFICE
9th Floor, No. 2, Tower 1,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200, Putrajaya
Malaysia Phone: +603-8891 8000
Email: enquiries@tourism.gov.my
TOURISM INFO LINE : 1300 88 5050

Semoga perkongsian Cara Tempahan Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam (CCMPA) Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.