Permohonan Nikah Perak 2023 Online (Semakan Status)



Permohonan Nikah Perak 2023 Online (Semakan Status)|ANDA ingin mohon borang Nikah Perak secara online? Perhatian buat anda rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang ingin membuat permohonan Berkahwin Negeri Perak tahun 2023 melalui SPPIM. Untuk makluman anda, permohonan Nikah Perak 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi SPPIM. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Nikah Perak 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Nikah Perak 2020 Online (Semakan Status)

Permohonan Nikah Perak 2023 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Nikah Perak Online termasuk syarat kelayakan permohonan, prosedur dan semakan status:

Borang Permohonan Nikah Online Perak 2023

1. Layari Portal Rasmi SPPIM secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 SPPIM

2. Pilih pada bahagian 'Benar Nikah Online'.

3. Anda akan dibawa ke laman Benar Nikah Online. Bagi pemohon baru, sila Klik pada pautan 'Permohonan Baru'.

4. Kemudian, anda dibawa ke laman 'Syarat Permohonan Kebenaran Nikah Online'.

5. Anda dikehendaki mengisi semua maklumat pengantin lelaki dan pengantin perempuan pada Borang Permohonan Kebenaran Nikah Kahwin.

6. Setelah siap diisi dengan lengkap, anda perlu hantar permohonan.

7. Selepas anda Hantar, anda akan diberi 'No. Rujukan' anda.

8. Cetak borang BNO dan pastikan ditandatangani oleh 'Pemohon dan Penolong Pendaftar/Imam'.

9. Pastikan bawa dokumen sokongan lengkap kepada PAID.

Syarat Kelayakan Permohonan Nikah Perak 2023

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Nikah Perak adalah seperti berikut:

1. Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:

1.1 Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan(Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan);
1.2 Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;
1.3 Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

2. Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

3. Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.

4. Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.

5. Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 90 hari dari tarikh permohonan online.

6. Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.

7. Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

8. Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.

9. Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin.

Semakan Status Nikah Perak 2023 Online

*Akan dikemaskini

Semoga perkongsian Permohonan Nikah Online Perak tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.