Cara Daftar SYABAS 2023 Online (Login)



Cara Daftar SYABAS 2023 Online (Login)|ANDA ingin daftar akaun SYABAS? Perhatian buat anda warga Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang ingin ketahui cara daftar akaun SYABAS secara online. Berikut dikongsikan Cara Daftar SYABAS 2023 Online buat rujukan anda.

Cara Daftar SYABAS 2021 Online (Login)


Cara Daftar SYABAS 2023 Online (Login)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar SYABAS secara online termasuk cara login:


Pendaftaran Akaun SYABAS Online

1. Layari Portal Rasmi Air Selangor secara atas talian (online) menerusi pautan di https://crisportal.airselangor.com.

2. Diruangan kotak login Air Selangor, tekan link Sign Up.

3. Pada laman seterusnya, anda perlu isi diruangan yang disediakan.

4. Masukkan nama penuh dan emel anda yang aktif dan boleh diakses.

5. Masukkan No Telefon dan IC Police/Military/Passport/Company Reg No., masukkan nombor kad pengenalan baru (MyKad) anda tanpa tanda ‘-‘, ATAU nombor pengenalan polis/tentera ATAU nombor passport.

6. Masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Tekan butang Register dan Sign Up.

7. Kemudian, tekan butang Agree untuk teruskan proses dan cara daftar Syabas.

8. Anda akan mendapat SMS ke telefon pintar anda yang mengandungi kod 6 digit. Masukkan kod tersebut dalam ruangan kotak Profile Verification yang tertera. 

9. Tekan butang Confirm. Sekiranya tiada SMS yang diterima, tekan linkDidn’t receive any SMS? Resend.

Cara Daftar SYABAS 2021 Online (Login)

Cara Login Akaun SYABAS 2023 Online

1. Setelah selesai daftar, pengguna boleh log masuk akaun ke laman web rasmi Air Selangor di https://crisportal.airselangor.com.

2. Masukkan Emel dan kata laluan yang didaftarkan.

3. Tekan butang Log Masuk.


Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut sila emel ke wecare@airselangor.com atau layari laman web www.airselangor.com.

Semoga perkongsian Cara Daftar SYABAS secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.