Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat Lakonan Azlee Khairi Dan Elvina Mohamad
Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat Lakonan Azlee Khairi Dan Elvina Mohamad|ADAKAH anda peminat drama Melayu? Saksikan drama bersiri akan datang yang diadaptasi novel berjudul "Derhaka Cinta Jebat" karya Cik Tet bakal ditayangkan mulai 28 Disember 2020 jam 7:00 malam di slot TV1 RTM. Bakal menampilkan lakonan hebat seperti Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Ikmal Amry, Jasper Supayah, Faez Nick dan ramai lagi. Drama bersiri 26 episod ini merupakan arahan EJump Mohd dan terbitan dibawah Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Berikut dikongsikan Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat (TV1 RTM) buat rujukan anda.
Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat Lakonan Azlee Khairi Dan Elvina Mohamad
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat termasuk sinopsis novel, senarai pelakon dan OST/ lagu tema yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:Info Penting Drama Derhaka Cinta Jebat
JUDUL : DERHAKA CINTA JEBATEPISOD : 26
TARIKH TAYANGAN : -
WAKTU SIARAN : -
SIARAN TV : TV1 RTM
PENULIS SKRIP : Syed Mohaamaad Taufik Syed Abdul
PENGARAH : Ejump Mohd
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Ikmal Amry, Jasper Supayah, Faez Nick, Daniel Fong, Ikhwan Rosli, Nina Fazurina, Wilma Muhammad, Hannah Qiassatina, Puteri A'teeqah Ayu, Mimi Edina, Bohari Ibrahim
WATAK PELAKON:
Azlee Khairi sebagai Jebat Zulkarnain
Elvina Mohamad sebagai Aisyah Humairah
Ikmal Amry sebagai Tuah
Jasper Supayah sebagai Cemelia
Faez Nick sebagai Iqbal
Ikhwan Rosli sebagai Salim
Nina Fazurina sebagai Amira
Puteri A'teeqah Ayu sebagai Suria
Mimi Edina sebagai Inara
Hannah Qiassatina sebagai Fatihah
Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat
Semua berpunca kerana rasa dendam, salah faham dan ditambah pula dengan ego yang tinggi melangit, sanggup Jebat Zulkarnain menzalimi Aisyah Humaira isterinya sendiri. Bijaknya Jebat mengatur rancangan agar Aisyah jatuh cinta padanya hingga membawa kepada sebuah perkahwinan dengan niat ingin membalas dendam.
Post a Comment