Sinopsis Drama Marry Me Senorita Lakonan Janna Nick & Dini Schatzmann
Sinopsis Drama Marry Me Senorita Lakonan Janna Nick & Dini Schatzmann|ADAKAH anda peminat drama Melayu? Saksikan drama bersiri akan datang yang diadaptasi novel berjudul "Marry Me Senorita" karya Suri Ryana bakal ditayangkan mulai 2 Februari 2021 jam 10:00 malam di slot Megadrama Astro Ria. Bakal menampilkan lakonan hebat seperti Janna Nick sebagai Sofiy Leia manakala Dini Schatzmann memegang watak sebagai Isa Alejandro. Drama bersiri 20 episod ini merupakan arahan Michael Ang dan Nur Ain Sharif dan terbitan dibawah Juita Viden Sdn Bhd. Berikut dikongsikan Sinopsis Drama Marry Me Senorita (Megadrama Astro) buat rujukan anda.
Sinopsis Drama Marry Me Senorita Lakonan Janna Nick & Dini Schatzmann
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Sinopsis Drama Marry Me Senorita termasuk sinopsis novel, senarai pelakon dan OST/ lagu tema yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:Info Penting Drama Marry Me Senorita
JUDUL : MARRY ME, SENORITAEPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 2021
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Dayang Kartinah
PENULIS NOVEL : Suri Ryana
PENGARAH : Michael Ang & Nur Ain Sharif
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Janna Nick, Dini Schatzmann, Yasmin Hani, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Shaza Bae, Siti Khadijah Halim, Natasha Elyzza, Asha Merican
WATAK PELAKON:
Janna Nick sebagai Sofiy Leia
Dini Schatzmann sebagai Isa Alejandro
Yasmin Hani sebagai Engku Marini
Dato Jalaludin Hassan sebagai Engku Aziz
Fadilah Mansor sebagai Engku Zaharah
Shaza Bae sebagai Rosa Arabella
Siti Khadijah Halim sebagai Tina
Natasha Elyzza sebagai Shelli
Asha Merican sebagai Idora
Sinopsis Drama Marry Me Senorita
“Marry me, senorita.” - Isa Alejandro.
Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero!
Post a Comment