Cara Daftar Program SAVE 2.0 Dan Tebus e-Rebat RM200 Di Shopee



Cara Daftar Program SAVE 2.0 Dan Tebus e-Rebat RM200 Di Shopee|ANDA ingin daftar Program SAVE 2.0? Berita baik buat anda pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, atau SEB. Untuk makluman anda, bagi anda yang berkira-kira untuk membeli penyaman udara (air conditioner) atau peti sejuk, anda boleh mendaftar dalam Program SAVE 2.0 untuk memperoleh rebat sebanyak RM200 bagi setiap pembelian penyaman udara atau peti sejuk di Shopee. Berikut dikongsikan Cara Daftar Program SAVE 2.0 Dan Tebus e-Rebat RM200 buat rujukan anda.

Cara Daftar Program SAVE 2.0 Dan Tebus e-Rebat RM200 Di Shopee


Sedia maklum, Program SAVE 2.0 merupakan program pemberian rebat sebanyak RM200 kepada isi rumah yang membeli penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang yang diakui oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Menerus Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan sebanyak RM30 juta bagi pelaksanaan Program SAVE 2.0 yang dijangka memanfaatkan sebanyak 140,000 isi rumah di seluruh Malaysia.


Cara Daftar Program SAVE 2.0 Dan Tebus e-Rebat RM200 Di Shopee

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara daftar Program SAVE 2.0 termasuk syarat kelayakan dan cara tebus Rebat RM200 di Shopee:


Pendaftaran Program SAVE 2.0 Online

1. Untuk mendaftar dan mendapatkan e-Rebat menerusi Program SAVE 2.0 ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

KLIK 👉 https://shopee.com.my/m/program-save.

2. Kemudian, isikan semua maklumat yang diperlukan merangkumi seperti No. Bil Elektrik, No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh.

3. Tandakan pada ruangan kotak pengesahan.

4. Klik pada butang ‘Submit’ atau 'Hantar'.

5. Selesai. Anda akan menerima bancar sebanyak RM200 yang dikreditkan ke dalam Shopee Wallet selepas permohonan diluluskan.


Syarat Kelayakan Program SAVE 2.0

Orang ramai yang ingin mendaftar bagi Program SAVE 2.0 perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

2. Mestilah pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, atau SEB.

3. e-Rebat digunakan untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 bintang atau 5 bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021.

4. 1 akaun bil untuk 1 e-Rebat.


Info Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Program SAVE 2.0, sila layari pautan di https://shopee.com.my/m/program-save.

Semoga perkongsian Cara Daftar Program SAVE 2.0 Dan Cara Tebus e-Rebat RM200 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.