Cara Daftar Vaksin COVID-19 2021 Menerusi Aplikasi MySejahtera
Cara Daftar Vaksin COVID-19 2021 Menerusi Aplikasi MySejahtera|ANDA ingin daftar vaksin COVID-19? Perhatian buat anda rakyat Malaysia yang ingin ketahui cara daftar vaksin COVID-19 tahun 2021 menerusi Aplikasi MySejahtera. Untuk makluman anda, pemberian vaksin COVID-19 adalah merupakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijalankan dalam tempoh setahun bermula Februari 2021 hingga Februari 2022.
Sedia maklum, selain aplikasi MySejahtera, satu lagi kaedah secara dalam talian adalah melalui laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my manakala bagi pendaftaran secara manual, orang ramai boleh mendaftar dengan menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian), hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Cara Daftar Vaksin COVID-19 2021 Menerusi Aplikasi MySejahtera
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar Vaksin COVID-19 termasuk fasa dan kategori tidak sesuai terima:
Pendaftaran Vaksin COVID-19 2021
Untuk pendaftaran bagi menerima Vaksin COVID-19, orang ramai boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera seperti berikut:
1. Buka aplikasi MySejahtera anda.
2. Tekan bahagian ‘Close’ di kanan atas paparan.
3. Klik bahagian ‘COVID19 Vaccination.’
4. Klik bahagian ‘Vaccine for (Nama Anda).’
5. Sahkan maklumat diri anda dan klik butang ‘Confirm’ jika tiada perubahan. Jika maklumat tersebut salah, klik butang ‘Edit.’
6. Kemudian, klik pada ayat ‘Click Here’ yang bergaris.
7. Jawab soalan yang diberikan dan klik butang ‘Hantar.’
8. Anda akan menerima paparan yang menunjukkan pendaftaran berjaya dilakukan.
Fasa Pemberian Vaksin COVID-19
Pemberian Vaksin COVID-19 di Malaysia akan berlangsung sebanyak 3 fasa iaitu:
Kategori Tidak Sesuai Menerima Vaksin
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kategori yang tidak sesuai untuk menerima Vaksin COVID-19 iaitu:
- Individu mempunyai sejarah alahan/alergi yang serius terhadap makanan/ubat/persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
- Individu yang mengalami alahan/alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin.
- Individu yang menjalani transplan/pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
- Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti radioterapi, kemoterapi, dan imunoterapi.
- Individu yang mengidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 kurang 200 cells/mL.
- Ibu yang sedang mengandung atau merancang untuk hamil.
- Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus/bakteria.
- Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
- Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah iaitu di bawah 50,000 per microlitre.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Vaksin COVID-19, sila layari laman web https://www.vaksincovid.gov.my/.
Semoga perkongsian Cara Daftar Vaksin COVID-19 2021 Menerusi Aplikasi MySejahtera ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment