Cara Daftar AliPay Malaysia 2023 Online (Topup & Verify)
Cara Daftar AliPay Malaysia 2023 Online (Topup & Verify)|ANDA ingin daftar AliPay di Malaysia? Bagaimana cara daftar dan topup AliPay Malaysia? Perhatian buat anda yang berminat ketahui cara daftar dan verify akaun AliPay Malaysia secara online dan melalui Aplikasi. Berikut dikongsikan Cara Daftar AliPay di Malaysia 2023 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Alipay merupakan kaedah pembayaran eWallet, platform selamat dimana pembeli dapat menyimpan dana untuk digunakan dalam talian, yang pada asasnya menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai untuk pengguna. Ia dikendalikan oleh Ant Financial Services Group. Platform pembayaran dalam talian ini dilancarkan di China pada tahun 2004 oleh Alibaba Group dan pengasasnya Jack Ma. Perkhidmatan pembayaran di kedai Alipay kini diterima di lebih 110,000 kedai runcit di seluruh dunia dan disokong di lebih 70 pasaran luar negara.
Cara Daftar AliPay Malaysia 2023 Online (Topup & Verify)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar AliPay Malaysia secara online dan melalui Aplikasi termasuk cara aktif, verify dan topup:
Cara Daftar AliPay di Malaysia Melalui Laman Web
Berikut dikongsikan cara pendaftaran Alipay di Malaysia melalui laman web:
1. Layari Laman Web Rasmi AliPay menerusi pautan di globalprod.alipay.com.
2. Pada kotak Sign In Alipay, tekan link Sign Up For Free.
3. Pada ruangan Email, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses. Tekan butang Send Code. Kod verifikasi akan dihantar ke emel anda.
4. Pada ruangan Verification Code, masukkan kod verifikasi yang telah dihantar ke emel anda oleh Alipay.
5. Masukkan "Password" yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda juga mestilah bercampur, dan tidak terdiri daripada nombor sahaja atau huruf sahaja.
6. Tekan link Alipay Service Agreement untuk membaca terma dan syarat untuk menggunakan Alipay.
7. Kemudian, tick kenyataan tersebut. Tekan butang Confirm.
Cara Daftar AliPay di Malaysia Melalui Aplikasi
Berikut dikongsikan cara daftar AliPay di Malaysia melalui aplikasi telefon bimbit:
1. Pertama kali, muat turun Aplikasi Alipay di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
2. Tekan butang berwarna biru yang tertera pada pop-up box di skrin.
3. Kemudian, tekan butang Allow untuk membenarkan Alipay mengakses maklumat anda.
4. Diruangan hadapan untuk login. Pada ruangan Enter phone number, tekan pada nombor yang tertera di bahagian tepi, dan pilih kod negara anda. Jika Malaysia, pilih +60.
5. Masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi pada ruangan yang disediakan. Tekan butang Next.
6. Anda akan mendapat kod verifikasi empat angka melalui SMS dan masukkan kod tersebut diruangan Enter Code.
7. Dipaparan tertera pop-up box, memaklumkan yang anda masih belum mendaftar dengan Alipay. Tekan butang Agree and Register.
8. Kemudian, tekan butang YES untuk menggunakan Aplikasi Alipay versi antarabangsa.
9. Pada bahagian bawah skrin, tekan butang Me. Tekan pada bahagian atas yang tertera Nickname Unset untuk mula menyusun profil anda.
10. Pada Profil Homepage, tekan pada kotak Click to upload untuk upload gambar untuk profil anda.
11. Seterusnya, tekan Identify Verification dan masukkan Nombor Passport diruangan ID No.
12. Tekan butang anak panah di bahagian atas sebelah kiri skrin setelah selesai.
Cara Verify AliPay Malaysia 2023
*Akan dikemaskini
Cara Topup AliPay Malaysia 2023
*Akan dikemaskini
Semoga perkongsian Cara Daftar AliPay di Malaysia 2023 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment