Cara Daftar Sukarelawan MyVac 2021 Online (Semakan Status)



Cara Daftar Sukarelawan MyVac 2021 Online (Semakan Status)|ANDA ingin daftar Sukarelawan MyVac? Perhatian buat anda rakyat Malaysia yang berminat dan berkelayakan membuat pendaftaran Sukarelawan MyVac tahun 2021 secara online. Berikut dikongsikan Cara Daftar Sukarelawan MyVac 2021 Online buat rujukan anda.

Cara Daftar Sukarelawan MyVac 2021 Online (Semakan Status)


Sedia maklum, MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dilaksanakan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia.


Cara Daftar Sukarelawan MyVac 2021 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar Sukarelawan MyVac 2021 termasuk syarat kelayakan, skop tugas, semakan status dan elaun yang disediakan:


Syarat Kelayakan Sukarelawan MyVac 2021

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.

2. Terdapat 2 jenis sukarelawan iaitu Sukarelawan Bukan Kesihatan dan Sukarelawan Kesihatan.

3. Sukarelawan boleh memilih sama ada menjadi sukarelawan kesihatan ataupun bukan kesihatan, berdasarkan kelayakan dalam melancarkan pergerakan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negeri dan daerah.


Skop Tugas Sukarelawan MyVac

Antara skop tugasan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

1. Sukarelawan Kesihatan: Vaksinator, mengawal sick bay/kecemasan dan konsultasi Vaksin Covid-19

2. Sukarelawan Bukan Kesihatan: Membuat saringan gejala suhu, janji temu, pendaftaran, mengawal ruang menunggu.


Elaun & Sijil Sukarelawan MyVac

Mengambil prinsip bahawa MyVac ini adalah satu program sukarelawan yang berlandaskan kepada semangat ingin melibatkan diri di dalam usaha memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin demi kesejahteraan negara, hanya bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti di bawah:

- RM50.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi atau sepanjang tempoh waktu operasi PPV.

- RM25.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama satu (1) sesi selama enam (6) jam.


Jangka Masa Bertugas

Jangka masa bertugas setiap sukarelawan adalah terbahagi kepada dua (2) sesi iaitu:

Satu Sesi: Enam (6) jam satu sesi. Sukarelawan MyVac perlu bertugas sekurang-kurangnya enam (6) jam bagi mendapat bayaran token minimum;

Dua (2) sesi: Maksimum 12 jam atau bergantung kepada waktu operasi PPV. Sekiranya terdapat PPV yang beroperasi kurang dari 12 jam, maka sukarelawan tersebut akan dianggap bertugas untuk satu hari.


Cara Pendaftaran Sukarelawan MyVac Online

1. Bagi yang minat anda boleh daftar menerusi pautan di www.myvac.com.my.

2. Mengesahkan pendaftaran anda melalui emel. Pengesahan APC oleh KKM akan dilakukan untuk Sukarelawan Kesihatan (jangkaan 5 hari bekerja).

3. Anda perlu menghadiri satu latihan secara maya dan lulus. Hanya untuk sukarelawan kesihatan, satu taklimat khas akan diberikan secara maya (tarikh taklimat akan diketahui dalam laman profil anda).

4. Kemudian, lengkapkan profil anda dengan mengisikan butiran bank, butiran waris terdekat dan memuat naikan gambar profil anda.

Cara Daftar Sukarelawan MyVac 2021 Online (Semakan Status)


5. Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan (borang-borang ini boleh didapati di dalam laman profil anda.

6. Anda dikehendaki untuk melaporkan diri anda ke Pejabat Belia dan Sukan berdekatan untuk menandatangi Surat Tawaran Sukarelawan dan mengambil kit sukarelawan.

7. Membuat pilihan tarikh, masa dan lokasi untuk bertugas. Kesesuaian dan kekosongan tarikh, masa dan lokasi akan diketahui serta-merta.

Info Penting:

- Tiga (3) hari sebelum tarikh lapor diri, anda dikehendaki untuk mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 di dalam laman profil anda.

- Hadir sejam lebih awal di PPV pada waktu tarikh tugas bermula (atau seperti dipersetujui oleh penyelia PPV).


Semakan Status Sukarelawan MyVac 2021 Online

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan MyVac, sila hubungi MySukarela Hotline atau emel ke info@mysukarela.com

Atau:-

Whatsapp (Message Only): (+60) 17-303 9042

Semoga perkongsian Cara Daftar Sukarelawan MyVac secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.