Permohonan Bantuan Khas OKU KITA Selangor 2.0 2021 Online (Semakan Status)



Permohonan Bantuan Khas OKU KITA Selangor 2.0 2021 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Khas OKU KITA Selangor 2.0 bakal dibuka? Berita baik buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Selangor yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Khas OKU KITA Selangor 2.0 tahun 2021. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Khas OKU KITA Selangor 2.0 2021 dibuka secara online mulai 1 hingga 31 Julai 2021 menerusi Portal Rasmi Anis Selangor.

Permohonan Bantuan Khas OKU KITA Selangor 2.0 2021 Online (Semakan Status)


Sedia maklum, Pakej KITA SELANGOR 2.0 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang lalu telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM600,000 bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Selangor. Bantuan Khas ini akan diberikan secara one-off sebanyak RM 500 kepada setiap pemohon yang diluluskan permohonan dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.


Permohonan Bantuan Khas OKU KITA Selangor 2.0 2021 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan Khas OKU KITA Selangor 2.0 termasuk syarat kelayakan, tarikh bayaran dan semakan status:


Cara Permohonan Bantuan Khas OKU KITA Selangor 2.0 Online

1. Permohonan Bantuan Khas OKU KITA Selangor 2.0 hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang https://www.anisselangor.com/bantuanOKU.

2. Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.

3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.

4. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar melalui salah satu kaedah seperti berikut:

- Penghantaran melalui emel di okudaftar@gmail.com ; ATAU

- Hantar ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,

Lot 4, Jalan Platinum 7/52,

Seksyen 7, Persiaran Kayangan,

40000 Shah Alam, Selangor.

Talian Hotline : 03-5481 8800


Syarat Kelayakan Bantuan Khas OKU KITA Selangor 2.0

Antara Syarat Kelayakan Bantuan Khas OKU KITA Selangor 2.0 adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia

2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas

3. Had maksima pendapatan isi rumah sebanyak RM 3,000.00 sahaja

4. Pemegang Kad OKU JKM Selangor

5. OKU yang terjejas sumber pendapatan akibat Pandemik Covid-19

6. Merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di Negeri Selangor ; ATAU

7. Pemastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun

8. Permohonan bantuan ini adalah terhad kepada 1 pemohon untuk 1 keluarga.


Senarai Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon

2. Salinan Kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor

3. Salinan pengesahan majikan (jika diberhentikan, dipotong gaji atau semisal dengannya)

4. Salinan slip gaji terakhir.

5. Atau surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (*Pengesahan boleh dibuat melalui ADUN / Ahli Parlimen / Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat)

6. Salinan penyata akaun bank (tertera Bank, nama penuh dan nombor akaun sahaja)


Semakan Status Bantuan Khas OKU KITA Selangor 2.0 2021

*Akan dikemaskini


Tarikh Bayaran Bantuan Khas OKU KITA Selangor 2.0

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Yayasan Warisan Anak Selangor

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,

Lot 4, Jalan Platinum 7/52,

Seksyen 7, Persiaran Kayangan,

40000 Shah Alam, Selangor.

Talian Hotline: 03 - 5481 8800

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Khas OKU KITA Selangor 2.0 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.