Permohonan Program Prihatin Kasih 2021 Online (Semakan Status)



Permohonan Program Prihatin Kasih 2021 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Program Prihatin Kasih 2021 bakal dibuka? Berita baik buat keluarga miskin bandar di seluruh negara yang bakal menerima bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan menerusi Program PRIHATIN Kasih yang diterajui oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Program Prihatin Kasih 2021 Online buat rujukan anda.

Permohonan Program Prihatin Kasih 2021 Online (Semakan Status)


Sedia maklum, Program PRIHATIN Kasih merupakan inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang akan dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan oleh Yayasan Hasanah. Matlamat utama pelaksanaan program ini adalah untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang amat teruk terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penerima yang layak akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka.


Permohonan Program Prihatin Kasih 2021 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Program Prihatin Kasih termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status:


Cara Permohonan Prihatin Kasih 2021 Online

*Akan dikemaskini


Lokasi Pembelian

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti:

- Mydin

- Giant

- Econsave

- The Store

- Pacific

- Milimewa

- 99 Speedmart

- Lotus Stores (Tesco)

- Kedai-kedai runcit yang terpilih


Bulan Pelaksanaan

Program PRIHATIN Kasih ini akan dilaksanakan berperingkat mengikut negeri dan bulan:

       Negeri Bulan Pelaksanaan

◾Selangor dan Kuala Lumpur - Julai hingga September 2021

◾Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka, dan Terengganu - Ogos hingga Oktober 2021

◾Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah, dan Sarawak - September hingga November 2021; atau Oktober hingga Disember 2021


Semakan Status Prihatin Kasih 2021 Online

Berikut dikongsikan Cara Semakan Status Program Prihatin Kasih 2021:

1. Layari laman web https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx.

2. Masukkan No Kad Pengenalan dan Captcha diruangan yang disediakan.

3. Kemudian, klik butang ‘Semak Status.’ keputusan kelayakan anda akan dipaparkan.

4. Penerima yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka.

5. Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Program PRIHATIN Kasih, sila layari laman web http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/.

Semoga perkongsian Permohonan Program Prihatin Kasih 2021 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.