Permohonan Rumah PPR Kedah 2022 Online (Borang)
Permohonan Rumah PPR Kedah 2022 Online (Borang)|BILAKAH tarikh permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Kedah tahun 2022 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang belum dan ingin memiliki rumah idaman sendiri beserta golongan pendapatan rendah (B40) RM 2,500 kebawah sebulan. Untuk makluman anda, permohonan Rumah PPR Kedah 2022 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Laman Web Rasmi Jabatan Perumahan Negara/ KPKT. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Rumah PPR Kedah 2022 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan salah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang berpendapatan rendah (B40). Program Perumahan Rakyat terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.
Permohonan Rumah PPR Kedah 2022 Online (Borang)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Rumah PPR Kedah termasuk syarat kelayakan permohonan dan ciri rumah:Cara Permohonan Rumah PPR Kedah 2022 Online
Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Negeri/ Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat permohonan beserta ciri-ciri dan syarat kelayakan permohonan seperti di alamat berikut:
Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 KEDAH DARUL AMAN
Syarat Kelayakan Rumah PPR Kedah 2022
Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan Rumah PPR Kedah:◾Warganegara Malaysia
◾Berumur 18 tahun ke atas
◾Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan
◾Pemohon yang belum memiliki rumah
◾Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri
Ciri Rumah Program Perumahan Rakyat
Antara ciri-ciri Rumah PPR adalah seperti berikut:◾Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
◾Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
◾Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
◾Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
◾Kemudahan Asas:
-Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
-Surau/Ruang Solat,
-Gerai Makan/Ruang Niaga
-Tadika
-Kemudahan OKU
-Taman Permainan/Kawasan Lapang
-Rumah Sampah
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PPR, sila menghubungi di:Pengarah
Bahagian Pembangunan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Tel: 03 - 8891 4410 / 4411
Fax: 03 - 8891 4045
E-mel: azizanza@kpkt.gov.my
Selamat membuat Permohonan Rumah PPR Kedah tahun 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Rumah PPR Kedah!
Post a Comment