Sinopsis Drama Ayahanda Lakonan Fikry Ibrahim & Jalil Hamid



Sinopsis Drama Ayahanda Lakonan Fikry Ibrahim & Jalil Hamid|ADAKAH anda peminat drama Melayu? Saksikan drama bersiri akan datang yang diadaptasi novel berjudul "Ayahanda" karya Azizi Haji Abdullah bakal ditayangkan mulai 10 Julai 2021 jam 9:00 malam di slot Lestary TV3. Menampilkan lakonan hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Shahz Jaszle, Noorkhiriah, Hairi Safwan, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Drama bersiri 13 episod ini merupakan arahan Dato Ahmad Tamimi Siregar dan terbitan dibawah Zeel Production Sdn Bhd. Berikut dikongsikan Sinopsis Drama Ayahanda (Lestary TV3) buat rujukan anda.

Sinopsis Drama Ayahanda Lakonan Fikry Ibrahim & Jalil Hamid

Sinopsis Drama Ayahanda Lakonan Fikry Ibrahim & Jalil Hamid

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Sinopsis Drama Ayahanda termasuk senarai pelakon, sinopsis novel dan OST/ lagu tema yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

Info Penting Drama Ayahanda

JUDUL : AYAHANDA
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 10 Julai 2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS NOVEL : Azizi Haji Abdullah
PENGARAH : Dato Ahmad Tamimi Siregar
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Shahz Jaszle, Noorkhiriah, Hairi Safwan, Sherry Ibrahim, Mimi Ernida, Anuar Hamizan

WATAK PELAKON:

Jalil Hamid sebagai Haji Abdullah
Fauziah Ahmad Daud sebagai Noriah
Fikry Ibrahim sebagai Aziz
Noorkhiriah sebagai Halimah
Shahz Jaszle sebagai Ramli
Hairi Safwan sebagai Ahmad
Sherry Ibrahim sebagai Aishah
Mimi Ernida sebagai Rahayu

Senarai Lagu Tema & OST Drama Ayahanda

*Akan dikemaskini


Sinopsis Drama Ayahanda

Mengisahkan seorang ayah yang disorot daripada kaca mata anak bongsu. Baginya, semakin cuba difahami hati tua itu, semakin sukar jadinya. Degil ayahnya bergerak seiring dengan usia. Tidak boleh ditegur, jauh sekali menerima nasihat anak-anak. Lantaran itu dia sering berburuk sangka, menaruh dendam dan marah yang bercampur dengan rasa bersalah.

No comments

Powered by Blogger.