Cara Daftar i-Suri KWSP 2024 Untuk Suri Rumah (Permohonan)



Cara Daftar i-Suri KWSP 2024 Untuk Suri Rumah (Permohonan)|ANDA ingin daftar i-Suri KWSP? Bagaimana cara daftar i-Suri KWSP secara online? Perhatian buat anda golongan suri rumah yang berminat dan berkelayakan membuat pendaftaran i-Suri KWSP tahun 2024. Berikut dikongsikan Cara Daftar i-Suri KWSP 2024 Untuk Suri Rumah buat panduan anda.

Cara Daftar i-Suri KWSP 2022 Untuk Suri Rumah (Permohonan)

Sedia maklum, i-Suri KWSP merupakan singkatan kepada Insentif Suri yang adalah Caruman Sukarela untuk suri rumah yang berdaftar dibawah sistem e-Kasih. Sebelum ini, kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim yang dikenali Program Sukarela Insentif Suri (SURI). Insentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Cara Daftar i-Suri KWSP 2024 Untuk Suri Rumah (Permohonan)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Daftar i-Suri KWSP termasuk syarat kelayakan dan manfaat diterima:

Pendaftaran i-Suri KWSP Tahun 2024

1. Bagi golongan suri rumah yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif i-Suri, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa Mykad serta dua borang seperti berikut:

◼️ Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
◼️ Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Syarat Kelayakan i-Suri KWSP 2024

Antara Syarat Kelayakan Permohonan i-Suri KWSP adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 Nov 2018
3. Belum mencapai umur 60 tahun
4. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
5. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)

Manfaat Insentif i-Suri KWSP

Antara Manfaat i-Suri KWSP adalah seperti berikut:

1. Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya.
2. Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
3. Menerima dividen tahunan KWSP.
4. Bantuan Kematian: RM2,500.

Info Penting:
** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
*Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Cara Dan Saluran Bayaran i-Suri KWSP

A. Perbankan Internet
- Pemindahan wang secara elektronik:
Maybank
Public Bank
RHB Bank

B. Kaunter Ejen Bank
- Tunai/cek
BSN
Maybank
Public Bank
RHB Bank

C. Kaunter KWSP
Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut i-Suri KWSP, sila menghubungi di Pusat Pengurusan Perhubungan 03 - 8922 6000 atau layari di Portal KWSP www.kwsp.gov.my.

Semoga perkongsian Cara Daftar i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.