Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 BKM Online (Cara Daftar)
Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 BKM Online (Cara Daftar)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 bakal dibuka? Untuk makluman anda, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan Malaysia 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, telah memperuntukkan BKM sebanyak RM8.2 bilion dimana bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan. BKM merupakan bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 BKM Online (Cara Daftar)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 termasuk syarat kelayakan, jumlah dan tarikh bayaran BKM:
Cara Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 Online
- Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
- Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022
Antara Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 adalah seperti berikut:
i. Isi Rumah
Kahwin; atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
Had umur adalah 21-59 tahun; dan
Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Jumlah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah sebanyak RM2000 maksimum. Sila rujuk jadual di bawah berdasarkan kategori kelayakan yang ditetapkan:
Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022
- Tarikh pembayaran BKM 2022 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia tahun 2022 ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment