Permohonan i-Rahman 2023 Online (Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu)



Permohonan i-Rahman 2023 Online (Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu)|BILAKAH tarikh permohonan i-Rahman 2023 (Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu) bakal dibuka? Berita baik buat anda pemohon atau pasangan rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu serta berumur 21 tahun ke atas yang berkelayakan membuat permohonan Skim i-Rahman tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan i-RAHMAN bagi bina rumah atas tanah sendiri / beli rumah dari pihak ketiga (RMR RAHMAN) tahun 2023 boleh dibuat secara online menggunakan sistem e-Perumahan Versi III.

Permohonan i-Rahman 2022 Online (Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu)

Sedia maklum, Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (i-Rahman) ini merupakan pembiayaan tanpa faedah dimana penawaran dan kutipan balik pembiayaan akan diuruskan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan Rumah Mampu Milik di negeri Terengganu. Satu reka bentuk konsep rumah yang patuh syariah, berkeluasan 1000 kps yang diberi nama Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (RMR RAHMAN) akan dibina oleh pihak SPNB.


Permohonan i-Rahman 2023 Online (Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Skim i-Rahman RMR Terengganu termasuk syarat kelayakan dan semakan status:


Cara Permohonan i-Rahman RMR Terengganu 2023

1. Permohonan online dan syarat-syarat lanjut berkaitan Skim i-Rahman RMR Terengganu boleh disemak melalui pautan di https://eperumahan.terengganu.gov.my.


Tempoh Permohonan Skim i-Rahman RMR Terengganu 2023

Permohonan akan dibuka bermula 17 Oktober 2021 sehingga 28 Februari 2022 di pautan laman sesawang ePerumahan Terengganu.


Syarat Kelayakan Permohonan Skim i-Rahman 2023

Antara syarat kelayakan permohonan skim i-Rahman adalah seperti berikut:

1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu serta berumur 21 tahun ke atas.

2. Bagi pemohon yang melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak).

3. Berkahwin manakala 10 peratus diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan.

4. Pemohon dan pasangan juga tidak memiliki rumah sendiri dengan pendapatan isi rumah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00.


Syarat Beli Rumah

1. Syarat bagi kategori beli rumah penswastaan adalah pemohon yang ingin membeli rumah penswastaan tetapi tidak melepasi kelayakan pinjaman melalui bank perlu disertakan surat penolakan daripada bank (sekurang-kurangnya dua bank).

2. Kategori beli rumah penswastaan adalah pemohon yang ingin membeli rumah penswastaan tetapi tidak melepasi kelayakan pinjaman melalui bank perlu disertakan surat penolakan daripada bank (sekurang-kurangnya dua bank).


Syarat Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

1. Syarat tanah (RMR RAHMAN) adalah permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50’ lebar x 72’ panjang) serta tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian atau bebanan ke atasnya (siap tambun).


Semakan Status Skim i-Rahman 2023 Online

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Skim i-Rahman, anda boleh merujuk di laman web e-perumahan di pautan https://eperumahan.terengganu.gov.my mengenai syarat-syarat, dokumen yang diperlukan untuk membuat sebarang permohonan yang ditawarkan oleh SUK (Bahagian Perumahan).

Semoga perkongsian Permohonan Skim i-Rahman tahun 2023 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.