Cara Pengiraan Dividen ASB dan ASBF 2023



Cara Pengiraan Dividen ASB dan ASBF 2023|ADAKAH anda pelabur ASB? Perhatian buat anda pemegang simpanan ASB (Amanah Saham Bumiputera) yang ingin ketahui cara pengiraan dividen ASB dan ASBF tahun 2023. Berikut dikongsikan Cara Pengiraan Dividen ASB dan ASBF tahun 2023 buat rujukan anda.

Cara Pengiraan Dividen ASB dan ASBF 2021

Sedia maklum, Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan (Dividen) dan bonus bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan bakal berakhir pada 31 Disember 2023. Kadar Dividen dan bonus ASB tahun 2023 dijangka bakal diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan Disember 2023.


Cara Pengiraan Dividen ASB dan ASBF 2023

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Pengiraan Dividen ASB tahun 2023 termasuk cara kira dividen ASBF:


Panduan Kira Dividen ASB Tahun 2023

1. Pertama kali, anda perlu dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.

2. Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.

3. Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.

4. Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.

Contoh 1:

Katakan pada 1/1/2021, anda simpan dalam ASB sebanyak RM12,000 (Januari sehingga Disember) dan tiada lagi simpanan selepas itu.

Cara kiraan adalah seperti berikut:-

= RM12,000 X 12 bulan / 12 bulan x Jumlah Dividen (sebagai contoh 5.00%)

= RM600

Contoh 2:

Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1 hb selama setahun. Jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000.

Jadi cara pengiraan adalah seperti berikut:

= RM1K (Baki min Jan) + RM2K (Baki min Feb) + RM3K (Baki min Mar) + RM4K (Baki min Apr) + RM5K (Baki min May) + RM6K (Baki min Jun) + RM7K (Baki min Jul) + RM8K (Baki min Aug) + RM9K (Baki min Sep) + RM10K (Baki min Oct) + RM11K (Baki min Nov) + RM12K (Baki min Dec)

= (RM78,000/ 12) X 5.00% = RM325

Contoh Kiraan Jika Jumlah Simpanan Tetap / Tidak Berubah

Contoh Kiraan:

Jumlah simpanan RM50,000 x 5.00% = RM2,500 dividen setahun.

Jumlah keseluruhan RM50,000 + RM2,500 = RM52,500 (Jumlah simpanan tetap dari bulan Januari hingga Disember)


Cara Kira Dividen ASB Financing (ASBF) 2023

- Jumlah Nilai ASBF x 5.00% = Dividen tahunan

Sebagai contoh:

ASBF RM200,000 = RM10,000

ASBF RM100,000 = RM5,000

ASBF RM50,000 = RM2,500

*Contoh baru buat 10 bulan dan buat ASBF RM200K

- ASBF RM200K = Dividen Tahunan RM10,000

(Bahagikan dengan 12 untuk dapatkan anggaran dividen sebulan)

- RM10,000/ 12 bulan = RM833.33

(Darabkan dengan 10 untuk dapatkan anggaran dividen 10 bulan)

- RM833.33 x 10 bulan = RM8,333.33


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan dividen ASB, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) dan emel ke asnbcare@pnb.com.my

Semoga perkongsian Cara Pengiraan Dividen ASB dan ASBF tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.