Cara Daftar Kad Hijau CIDB 2022 Online (Login & Semakan Kursus)



Cara Daftar Kad Hijau CIDB 2022 Online (Login & Semakan Kursus)|ANDA berminat daftar Kad Hijau CIDB? Perhatian buat anda yang berminat ketahui cara daftar dan semakan kursus Kad Hijau CIDB tahun 2022. Sekiranya anda bekerja dalam bidang pembinaan, anda wajib mendaftarkan diri dengan pihak CIDB sebelum dibenarkan bekerja. Berikut dikongsikan Cara Daftar Kad Hijau CIDB 2022 Online buat rujukan anda.

Cara Daftar Kad Hijau CIDB 2022 Online (Login & Semakan Kursus)

Sedia maklum, Green Card atau Kad Hijau CIDB juga dikenali sebagai "Kad Personel Binaan" merupakan perakuan bagi pekerja binaan yang telah menjalani kursus & latihan keselamatan di tapak pembinaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau juga dikenali sebagai Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia. Setiap pekerja binaan samada pekerja tempatan atau pekerja asing WAJIB berdaftar sebagai Personel Binaan dan memiliki Kad Hijau yang sah selaras dengan Seksyen 33, Akta CIDB 520. Personel binaan yang telah memiliki Kad Pintar CIDB hanya perlu memperbaharui pendaftaran personel binaan secara atas talian.


Cara Daftar Kad Hijau CIDB 2022 Online (Login & Semakan Kursus)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar Kad Hijau CIDB termasuk semakan kursus dan cara login CIDB:


Pendaftaran Kad Hijau CIDB Online

1. Layari Portal Rasmi CIMS CIDB di pautan https://cims.cidb.gov.my/

2. Pada bahagian kanan skrin, lihat pada bahagian “Daftar Baru”.

3. Klik pada tulisan “Untuk kontraktor baru / Personel binaan baru / Penyelia latihan baru / Pelatih baru dan lain-lain”.

4. Terdapat 2 pilihan pendaftaran samada Organisasi atau Individu. Sekiranya anda mendaftarkan untuk diri anda, klik pada Individu, kemudian "Personel Binaan".

5. Lengkapkan pendaftaran dengan memasukkan segala maklumat dengan betul.

6. Setelah selesai pendaftaran, anda akan diberikan link melalui emel. Klik pada pautan tersebut untuk aktifkan akaun anda.

7. Login masuk semula dengan menggunakan maklumat pendaftaran tadi.

8. Pilih senarai latihan yang anda ingin ikuti berdasarkan tarikh.

9. Lengkapkan permohonan dengan membuat pembayaran sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kursus dijalankan.

10. Setelah melengkapkan latihan, anda boleh hadir ke kaunter CIDB Negeri yang terdekat dengan tempat tinggal anda dan membawa bersama resit pembayaran.


Semakan Kursus CIDB 2022 Online

1. Untuk menyemak senarai kursus CIDB yang disediakan dari semasa ke semasa, layari pautan di https://cims.cidb.gov.my/cms/BPK_SCR01_G

2. Anda juga boleh membuat carian berdasarkan beberapa kriteria antaranya negeri (lokasi), tahun, tarikh program, jumlah mata CCD yang ditawarkan, penganjur dan jenis program.


Cara Login CIDB 2022 Online

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan CIDB, sila layari laman web CIDB di https://www.cidb.gov.my/ atau hubungi CIDB Careline di talian 03-5567 3300.

Semoga perkongsian Cara Daftar Kad Hijau CIDB Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.