Kadar Dividen Bank Rakyat 2022 (Tarikh Bayaran)
Kadar Dividen Bank Rakyat 2022 (Tarikh Bayaran)|BERAPAKAH kadar dividen Bank Rakyat bagi tahun 2022 yang bakal diumumkan? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin ketahui kadar dan tarikh bayaran dividen Bank Rakyat bagi tahun 2022. Berikut dikongsikan Kadar Dividen Bank Rakyat 2022 buat rujukan anda.
Sedia maklum, Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM111.75 bilion berakhir Disember 2020. Berbeza dengan ASB, unit amanah Bank Rakyat adalah terhad dan tidak dibuka untuk penjualan atau pembelian sepanjang tahun.
Kadar Dividen Bank Rakyat 2022 (Tarikh Bayaran)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Kadar Dividen Bank Rakyat termasuk semakan dan tarikh bayaran dividen Bank Rakyat:
Syarat Kelayakan Daftar Bank Rakyat 2022
Merujuk kepada laman web rasmi Bank Rakyat, Pelaburan Unit Amanah Bank Rakyat ditawarkan kepada:
1. Pemohon individu:
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur 18 hingga 65 tahun
4. Bagi pelaburan bersama; pelabur utama mestilah berumur 18 tahun ke atas, dan tiada syarat umur bagi pelabur bersama
5. Permohonan untuk nama bersama adalah terhad kepada dua orang sahaja.
6. Pemohon institusi – Syarikat, koperasi, pertubuhan, pemilik tunggal, institusi, dll
7. Jumlah pelaburan minimum bermula pada RM500* (*Berbeza mengikut dana)
Kadar Dividen Bank Rakyat 2022
Berikut adalah senarai agihan dividen Bank Rakyat bagi tahun berakhir 31 Disember untuk tahun 2021: TERKINI: Bank Rakyat telah mengumumkan kadar dividen ialah 15% bagi tahun 2021.
Tahun Kadar Dividen
2021 15%
2020 13%
2019 14%
2018 13%
2017 15%
2016 15%
2015 13%
2014 15%
◼️ Tahun 2022: *Akan dikemaskini
Tarikh Bayaran Dividen Bank Rakyat 2022
Dividen Bank Rakyat biasanya diumumkan sekitar bulan April setiap tahun. Pengumuman Dividen Bank Rakyat dan Prestasi Kewangan Kumpulan Bank Rakyat Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 telah diumumkan pada 25 April 2022:
◼️ Tahun 2021: Mulai 25 April 2022
◼️ Tahun 2022: *Akan dikemaskini
Info Penting:
*Senarai agihan dividen Bank Rakyat tahun 2022 akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini berkenaan tarikh pengumuman dan kadar dividen Bank Rakyat, sila rujuk dibawah:
◼️FB Bank Rakyat: https://www.facebook.com/myBANKRAKYAT
◼️Laman Web Bank Rakyat: https://www.bankrakyat.com.my
◼️Talian Hotline Bank Rakyat: 1-300-80-5454
Semoga perkongsian Kadar dam Tarikh Bayaran Dividen Bank Rakyat Tahun 2022 ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment