Senarai Harga Braces Klinik Gigi Kerajaan dan Swasta 2024|ANDA ingin tahu harga braces terkini di klinik gigi kerajaan dan swasta? Perhatian buat anda rakyat Malaysia yang ingin ketahui senarai harga braces di klinik gigi kerajaan dan swasta tahun 2024. Berikut dikongsikan Senarai Harga Braces Klinik Gigi Kerajaan dan Swasta 2024 buat panduan anda.
Sedia maklum, braces atau pendakap gigi merupakan satu alat untuk membetulkan dan meluruskan gigi serta membaiki kedudukan gigitan gigi di dalam sesebuah rahang. Jika anda ada masalah gigi tidak teratur dan rasa malu hendak senyum, anda mungkin perlukan rawatan pendakap gigi (Braces).
Senarai Harga Braces Klinik Gigi Kerajaan dan Swasta 2024
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Harga Braces Klinik Gigi Kerajaan dan Swasta Terkini 2024 termasuk permohonan braces untuk Pelajar:
Harga Braces Di Klinik Gigi Kerajaan & Swasta 2024
Berikut merupakan harga rawatan braces di klinik gigi kerajaan dan swasta:
A. HARGA BRACES KLINIK KERAJAAN
- RM 500 – RM 700 akan dikenakan untuk aplians tetap
- RM 100 untuk aplians boleh tanggal jenis simple
- RM 200 untuk aplian boleh tanggal jenis kompleks
Info Penting:
*Harga mungkin berubah mengikut keadaan semasa
B. HARGA BRACES KLINIK SWASTA
- Deposit
Kadar harga caj deposit ketika pertama kali rawatan.
- Harga Total
Merupakan harga keseluruhan rawatan braces. Harganya berbeza-beza bergantung juga kepada jenis braces.
- Ansuran Bulanan
Kebanyakkan klinik swasta akan mengenakan caj bayaran secara ansuran. Harga ansuran bulanan ialah baki yang anda perlu bayar secara ansuran setiap bulan bila anda datang review braces. Dan bergantung pada klinik kerana ada yang caj ansuran bulanan sehingga pesakit habis bayar jumlah baki dan juga ada yang akan caj pesakit selagi braces tidak ditanggalkan.
- Harga X-Ray
Pastikan anda mengetahui terlebih dahulu sama ada caj xray termasuk pakej atau berasingan. Harga bagi setiap x-ray adalah antara RM 80 hingga RM 200.
- Harga Cabut Gigi
Pemakaian braces pasti memerlukan anda untuk cabut sekurang-kurangnya 2 batang gigi.
Bagi klinik yang tak sertakan caj cabutan gigi, anda perlulah sediakan wang untuk cabutan gigi kira-kira RM 120 sebatang.
Jenis Braces Yang Terdapat Di Klinik Swasta
Berikut dikongsikan jenis braces yang terdapat di klinik gigi swasta:
A. Braces Jenis Damon
Mampu memperbaiki keadaan gigi yang tidak sejajar dan kebiasaannya gigi tidak perlu dicabut. Keadaan gigi juga mampu diperbaiki dengan cepat dan mudah.
- Harga Braces damon
Clear: RM 7,000 hingga RM 9,000.
Metal: RM 6,000 hingga RM 8,000.
- Harga Braces damon Q jenis:
Metal: RM 6,500 hingga RM 8,500
Clear: RM 7,500 hingga RM 10,000.
B. Braces Jenis Metal
Kekal yang tidak boleh ditanggalkan sepanjang tempoh gigi dibetulkan. Harga Braces metal: RM 4,000 hingga RM 5,000.
C. Braces Jenis Invisalign
Merupakan braces paling cantik dan tidak menampakkan dawai braces. Harga braces invisalign: RM 8,000 hingga RM 25,000.
D. Braces Jenis Lingual
Dawai braces akan dipasang pada belakang gigi, untuk pembetulan penjajaran gigi adalah lebih berkesan. Harga braces lingual: RM 20,000 hingga RM 25,000.
Senarai Prosedur Pasang Braces
Berikut dikongsikan prosedur pemasangan Braces dengan betul:
1. Pertama kali, temu janji pertama doktor gigi akan buat pemeriksaan gigi secara menyeluruh dan X-Ray gigi.
2. Kemudian, doktor juga akan membuat satu acuan berdasarkan gigi asal anda untuk rujukan mereka.
3. Seterusnya doktor akan memberi sebut harga (kos keseluruhan) untuk pemasangan braces berdasarkan keadaan gigi yang telah dinilai oleh mereka.
4. Setelah selesai, temu janji seterusnya barulah pemasangan bracket akan bermula. Pemasangan ini akan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih.
5. Wayar besi akan dipasang untuk mengikat gigi bersama getah yang berwarna-warni.
Semoga perkongsian Senarai Harga Braces Di Klinik Gigi Kerajaan dan Swasta tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment